0 com

the sky is blue



i asked for strength, He gave me difficulties to make me strong
i asked for wisdom, He gave me problems to solve
i asked for prosperity, He gave me brain and energy to work
i asked for courage, He gave me danger to overcome
i asked for love, He gave me troubled people to help
i asked for favors, He gave me opportunities
i received nothing i wanted BUT i received everything i needed



hope to do much better tomorrow
to everyone i neglected today
just wanted to drop a note to say
i'm sorry


Read more »
4 com

lemas

terliur dengan sorang makhluk halus ni dok wat keje mengintip dan merekod jirannya main music.
selama ni takde benda nak direkod.
kali ni ada peluang, apa lagi. jom ngendap! ;)
nk ngendap lagu apa housemate sorang ni dok denga sampaikan guna headphone pun masih boleh denga macam pasang volume 13. dahla housmate ni spisis yang jarang dengar music. apa lagi membubuh headphone di kepala. tak ke sebuah kerja keras tu namanya. curious nye nak tau apa music dia denga best sangat hentak-hentak kaki siap.. housemate sorang lagi pulak selamat tido tebukak mulot siap :o air liur basi je belum keluar
harapnya recorder handphone ni berfungsi dengan bijaksana tadi
besok pagi boleh email makhluk halus tu suruh dia teka lagu apa
housemate ni punya kusyuk tak sedar pon perbuatan merekod tadi
so kira lebih kurang la kerja mengintip yang si makhluk halus tu buat sebab diri yg dihendap tak sedar

lamanya chuck cuti. tapi baik sikit dari gossip girl yang dah habis terus tuh..
bosannya hidup walopon sebenarnya nak bosan pun tak sempat aihhh tapi biasalah saya melayu nak jugak merungut. suka sangat cite the tourist sampai tengok lagi dan lagi.. rasa nak tengok starlight cinema sekarang!!!! ini bukan janji palsu! cerita little focker pon bes ape walopon banyak part kotor..lahaiii macam tak biasa

ni la manusia kalo da banyak keje nak buat2 tadak keje.ini jugak la rupe paras lab yang bole kata lengkap dari peralatan makanan (bbq set di dalam biosignal lab kehkeh), sinki (tempat basahan anak tikus dah busuk tak mandi yukss), corong turas (utk anak tikus kehausan), screen computer senget, microscope canggih yang selalu mati lemas bawah selimut biru, sehinggalah ke lampu canggih tapi malang tak berbau power supply pulak tadak.. hasilnya, kepala gua yang pening. sindrom pening dikatakan cocok dengan perbuatan membuang masa.

tukang buang masa cum proband dgn kehidupan berwayar warnawarni di lab-serbaserbi-senget pada 2 minggu lepas
(cpah ni masa chat ngn ko yg ada member jerman aku menyebok tuh dan ko sebok tanya dia handsome ke tak..masihkah kau ingat?)
saje test cemana rupa signal EEG guna elektrod yg dibuat arituh. asek tengok signal masa pejam mata celik mata pejam mata celik mata..ape kelasss.. cuba try test tengok lihat dengar dan rasakan kalo tengah chat dgn segondol makhluk halus di Malaysia. mari lerr.. nak tengok hasilnya? :D

sebelum chat tapi terasa nak ping
hujung tu da nampak tu ada excitation sikit pada signal ;)

sedang berfikir sambil taip intro msg

masa dapat reply dari kekasih
ko jgn ingat masa kat msia je ke aku tadak keje amik gambar ala2 charlie's angle tuh

amaran keras: sumber eeg di sini tidak logic dek akal untuk digunakan sebagai rujukan diagnostic!
tekasilangkata: "lihat dengar dan rasakan" adalah sebuah lagu sheila on 7 atau peterpan? sepuloh saaaaat dariiiiii.. rumah!
ayat perli dari mahkamah tinggi: report yang nak kena submit tu kalo diri sendiri tak buat, dia boleh siap sendiri kerrrrr
Read more »
2 com

bumble bee

dah berjaya buat blog baru untuk anak (-anak) mummy dan papa ;)
walaupun kisah Aqidd bermula pada usia sudah 4 tahun lebih
jauh di sudut hati, mahu juga bubuh semua gambar Aqidd sebelum ini
walaupun mungkin tidak menjadi nyata

rindu malaysia! (sudah tidak tahu berapa kali harus diulang lagi luahan rasa ini uhuh)
lalu mula lah berasa degupan jantung yang sangat kencang dan mengilukan (harap benarlah bahasa yang digunakan), kemudian.. perlukah perkataan kemudian di sini? hmm
kadang-kadang agak sukar juga ya apabila tidak berjaya menemukan perkataan yang tepat untuk menerangkan sesuatu dalam bahasa melayu

musim sejuk di negeri utara Jerman ini boleh dikatakan berakhir sudah
tiba pula musim bunga. walaupun masih sejuk, dapat mengurangkan selapis pakaian pun sudah dikira sesuatu perubahan besar yang SANGAT menggembirakan dalam kehidupan =)
Jumaat lepas boleh dianggap seperti hari pertama musim bunga bermula
semua orang sudah sibuk mengadakan barbekyu (kenapa kelihatan aneh ejaannya ni? 'barbecue' setelah diterjemah ke bahasa melayu oleh google translate)
aktiviti ziarah menziarah juga kembali bermula setelah 4 bulan berhibernasi di rumah sendiri
waaaaaaaaah nikmatnyaaaa rasa!
Read more »
2 com

capacitor

terasa mahu membebel mengenai projek yang saya sedang tumpu sekarang, iaitu menghasilkan electrode untuk kesan brain signal, Electroencephalography atau ringkasnya eeg. Electrode yang sedang saya usahakan berbeza dengan eeg electrode biasa. ianya boleh kesan brain signal tanpa perlu dilekatkan di kepala tetapi ada jarak maximum yang dibenarkan bergantung kepada jenis dielektrik yang digunakan dan luas permukaan electrode. electrode ini boleh mengesan signal melalui rambut atau kain. teknik ini dilakukan dengan menggunakan konsep kapasitor. rambut dan kain digunakan sebagai dielektrik di antara dua pengalir elektrik (biasanya metal plate) pada sebuah kapasitor (ke sebiji lebih sesuai?sebab kapasitor ni kecik je..oa lah manusia paling arif bab-bab penjodoh bilangan nih).

pengalir elektrik pertama ialah sensing plate pada permukaan sensor dan metal plate kedua ialah kulit kepala. jadi ianya dinamakan capacitive electrode. konsep ini pertama kali diperkenalkan pada 1968 tetapi kajian kemudian mengenainya masih agak baru dilakukan setelah penggunaan electrode biasa yang menggunakan gel mempunyai beberapa kelemahan terutamanya measurement yang perlukan tempoh yang lama (long-term monitoring).

ini ialah pcb electrode bersaiz 2.4cmm diameter sebelum proses melekatkan komponen dilakukan (soldering). pcb layout dilukis menggunakan software Eagle.


sehingga ke hari ini, semua test sudah dilakukan ke atas electrode ini pada signal otak saya, hasilnya agak memberansangkan. dan dalam masa terdekat ini saya akan memulakan proses untuk menghasilkan electrode untuk versi kedua yang lebih kecil, lebih tebal bertindan macam sandwich dan ubahsuai komponen bagi mendapatkan hasil yang lebih memuaskan. Saya jangka pada August sistem lengkap untuk eeg measurement (atau lebih dikenali sebagai BCI, Brain Computer Interface) menggunakan electrode ini bersama sistem wireless akan berjaya disudahi. Selamat berjaya untuk saya! Haliza, Gambare!
Read more »
0 com

small

saya tak pandai nak bahagikan masa
sebab itu saya tak sempat nak menulis dan berangan dan mengata dan membebel di sini apabila saya sedikit sibuk menguruskan benda yang memang tak mungkin bisa diuruskan
ape nak jadi dgn blog ini entahnya
senasib dgn fotopages, flickr, dan sebagainya page lagi yang saya daftar di dunia internet ni
tapi di ketika ini la jugak terasa teringin untuk bukak sebuah blog khusus untuk kehidupan aqidd sahaja
adakah saya sudah cukup terlambat? (umur anak dah 4 tahun baru nak terhegeh-hegeh kah? bak orang putih kata, better late than nothing)
saya ada perasaan yang saya bakal menyesal bila saya sudah lupa apa yang terjadi ketika umur aqidd yang dah berlalu. boleh saja niat saya ini hanya tinggal harapan. tunggu hari untuk menyesal saje lah nanti. sekarang pun sudah menyesal sebenarnya. huwaarghhhhh

gambar-gambar Aqidd di Disneyland















minggu lepas ada berbual dengan seorang teman berbangsa jerman mengenai orang mereka yang suka memandang rendah rakyat luar yang tinggal di negara mereka. contohnya, bagaimana cara orang jerman memandang saya dan orang luar yang lain di dalam keretapi atau bas, apabila saya memasuki backery, dan banyak lagi. saya rasa dipandang seperti saya ada melakukan kesalahan besar yang bakal dihukum. cara padangan mereka seperti penuh rasa aneh dan tak suka. (ke perasan sendiri je entahnye, lantaklah yang penting itu yang saya rasa).
tapi teman saya itu berkata, memang hakikat sebenarnya majoriti rakyat jerman takut dengan orang beragama saya, mungkin sebab itu pandangan mereka terhadap sesiapa yang bertudung jadi macam tu. malah mereka percaya, dalam agama kita perbuatan membunuh mendapat pahala sebab itu kita tidak takut mati.
kalau kita berada ditempat mereka mungkinkah kita juga akan beranggapan yang serupa? takut dan benci juga? syukur dengan agama yang saya miliki sekarang sebab tak perlu rasa takut seperti mereka. kalaulah agama tidak dikaitkan, sudah terang lagi bersuluh perjuangan rakyat palestine sebenarnya hanyalah antara tuan tanah dengan perampasnya. betul ke penggunaan peribahasa di situ? entah lah serupa takde kaitan dengan perbincangan asal. abaikan.
berasa diri ini sungguh kecil
Read more »
0 com

disturbed

we all deal with depression in our own ways
some people tend to act like ***holes, and avoid everyone
some people act like everything is ok
and sometimes, u get that one person who will help u through anything, disregarding their emotions, to make sure it never happens to u

dear whoever is reading this,
guess what? u are loved
NO! don’t nod ur head and say u’re not
YOU ARE!
you are lovely and you are loved
end of story.

when u're sad and u feel like u need to cry, watch a really sad movie. that way u can cry as much as u want, but when people ask u why u're crying, u can blame it all on the movie
- my mom

just realized this is my first entry of the year 2011
what a title, what a feeling.. poor me
shuh shuhh bad syndrome!
Read more »